Bengkel Kerja Training of Trainers (ToT) Peningkatan Kompetensi Digital Duta Guru STEM Negeri Kelantan: Pedagogi Berasaskan AI merupakan satu inisiatif bagi memperkasakan keupayaan Duta Guru STEM Negeri Kelantan dalam mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence - AI) secara beretika, berkesan dan inovatif dalam amalan pedagogi. Program ini bertujuan membangunkan kumpulan jurulatih utama (Master Trainers) yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeyakinan untuk membimbing serta melatih guru-guru STEM di sekolah masing-masing dalam penggunaan AI bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Melalui pendekatan latihan berasaskan amali, peserta akan didedahkan kepada konsep asas AI, aplikasi AI dalam pendidikan, reka bentuk pengajaran berasaskan AI, pembangunan bahan PdP digital, teknik prompt engineering, aspek etika penggunaan AI serta strategi pelaksanaan AI yang sejajar dengan dasar dan aspirasi pendigitalan pendidikan negara. Di samping itu, bengkel ini turut memberi penekanan kepada pembangunan komuniti pembelajaran profesional (Professional Learning Community - PLC) dalam kalangan Duta Guru STEM bagi memastikan ilmu, kemahiran dan amalan terbaik yang diperoleh dapat disebarluaskan secara sistematik kepada guru-guru di peringkat daerah dan sekolah. Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kompetensi digital pendidik, memperkukuh pelaksanaan pedagogi berimpak tinggi serta menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan melalui Program Pembangunan Sains dan Teknologi (PPST) Tahun 2026 dalam melahirkan modal insan yang celik digital, kreatif, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 serta era transformasi digital.
21/07/2026 - 23/07/2026
Dewan Americon Corner, UMK Kampus Bachok
8:30 pagi - 4:30 petang
Program Terhad
Program Percuma
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
Aras 1, Blok 6, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 KOTA BHARU, KELANTAN